KEPADA ZAMSAHAM YANG DIHORMATI



Kepada zamsaham,
Saya sebagai orang tengah kepada beberapa ahli ZPC yang boleh dianggap telah lama dalam pasaran saham. Zam perlu sedar bukan semua ahli yang masuk dalam zpc adalah newbie, tetapi ada di antara mereka telah lama dalam pasaran. Tujuan mereka join kelas2 saham yang sedia ada adalah untuk menggunakan masa orang lain untuk mengkaji saham. Dalam konteks ini zam adalah salah seorang pengkaji mereka. Mereka menggunakan masa zam dengan syarat mereka join kelas, trade dengan zam @ bayar yuran bulanan. Setelah ada saham yang zam sarankan, barulah mereka ini akan mengkaji saham tersebut. Golongan ini bukan hanya ada di zpc, tetapi di hampir semua group saham.

Ini adalah teknik paling mudah untuk mengkaji beratus2 saham yang ada di pasaran. Cara mereka, masuk je sebanyak forum, group dan mana tempat yang sesuai, pilih saham yang paling banyak dibincangkan, dan kaji. Cara ini akan menjimatkan banyak masa berbanding memilih sendiri satu persatu. Golongan ini tak kisah bayar sebanyak mungkin yuran kelas, yang penting, kelas itu dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman @ mempunyai banyak info dalaman. 

Zam adalah salah seorang yang mereka golongkan dalam golongan mendapat info dalaman yang bagus. Sebab itu mereka-mereka ini cukup menyarankan orang baru join zam sebab:

1.       Zam tidak mengajar short term, bagus untuk orang baru sebab faktor emosi.

2.  Zam sememangkan mempunyai ramai kenalan dalam pasaran, yang mana boleh mendapat info dalaman. Zam kan presiden satu-satunya persatuan melayu, kata mereka. Dan setelah mendapat info tersebut, hanya perlu kaji saham tersebut dan sebab itu saham itu boleh BOOM.

3.       Zam tidak pernah menekankan tentang bahaya pasaran saham, sebaliknya sentiasa memberi kenyakinan yang tinggi boleh untung 100% berada di dalam pasaran. Sedangkan semua yang telah lama sedar tentang risiko berada dalam pasaran. Bagus untuk orang baru mengawal emosi.

Saya sebagai orang baru dalam pasaran, berpeluang mengenali golongan ini semasa kelas zamsaham. Dan ada di antara mereka yang telah tiada di dalam zpc hanya kerana badges. Apabila saya tanya kenapa tidak mahu stay dalam zpc, kata mereka, terlalu banyak drama, macam budak2. Kata mereka lagi, zam pun baru awal 30-an, jadi emosi pun mudah terganggu, mungkin sebab itu perkara ini berlaku. Tunggu lagi 4-5 tahun, boleh join semula.

Saya masih bersama zpc. Saya sedar mmg ada golongan yang dengki pada zam. Atau mungkin marah pada zam, atau terasa hati dengan ayat2 zam. Jadi, ini adalah kesimpulan saya setelah berborak panjang dengan golongan tersebut:

1.       Zam selalu terlalu berbangga dengan saham yang naik dengan saranan zpc, tetapi mengabaikan saham yang jatuh walaupun sebelum itu zpc pernah sarankan dengan kenyakinan yang tinggi. Zam tidak memberi respond yang cepat kepada saham yang telah tiada kekuatan untuk naik walau dalam jangka masa panjang. (ini kerana mungkin zam telah mendapat info dalaman, kata mereka). Yang selalu ditekankan ayat kaji diary saham. Fahamkan ayat seketul2. Datang kelas lagi. Dan dalam harga ada cerita dan berbagai2 ayat sindiran kepada yang mungkin telah rugi dalam pasaran. Bukan ini menyakitkan hati mereka? Dah la mereka rugi, disindir oleh guru pula.

2.       Zam berkata menghalalkan ilmu yang diberi sedangkan semua peserta membayar dgn jumlah yang agak besar untuk ilmu tersebut. Dimana konsep halal menghalal ini? Bukankah peserta juga perlu menghalalkan duit yang mereka bayar?
 
3.       Ilmu TA yang zam berikan adalah tahap biasa2 saja, kata mereka yang berpengalaman. Cuma lebih untuk melihat trend. Tetapi mereka tahu zam masih ada sumber dalaman untuk mengetahui samada saham itu masih ok, atau dah ke laut sebab zam sendiri adalah remiser dan ramai kenalan dalam pasaran. Jadi, golongan ini hanya inginkan maklumat tersebut.

4.       Zam bagus kata mereka kerana suka berdakwah, tetapi yang kurang elok adalah kerana MENJUAL & BERDAKWAH.  Agak tidak kena. Seeloknya zam sembunyikan sahaja aktiviti agama yang sedang dilakukan untuk mengelakkan fitnah. Fokus kepada MENJUAL. Dan lebih bagus kalau zam dapat berdakwah kepada staff2 perempuan zam dahulu.

5.       Zam cuba menjual teknik Z yang kononnya boleh untung cepat, sedangkan perkongsian dalam zpc pun bukan semua saham tersebut untung cepat. Sekiranya betul ada teknik Z tersebut, maka di dalam zpc akan ada banyak saham yang boleh untung cepat. Teknik ini kata mereka mungkin hanya teknik zigzag dan gabung dengan beberapa teknik. Kalau ingin lebih rapat dengan zam, dan dapat info dalaman lebih banyak, boleh join kelas Z ni kata mereka. Jangan mengharap sangat kepada teknik ini. Kalau betul wujudnya teknik yang tiada cacat cela, ASB, TH, Public Mutual dan lain2, boleh bagi keuntungan sehingga 100% setiap tahun.

6.       Ayat2 zam yang kelihatan agak angkuh walaupun nampak seperti alim.

7.       Zam nampak alim, tetapi seolah-olah tak peduli tentang saham yang syariah dan tak syariah. Sebab ada kaunter yang zpc sarankan tidak patuh syariah. Tiba-tiba Zam sibuk mempromosikan kelas saham syariah.

8.       Zam jarang memberi tips awal, selalunya halim yang bertindak memberi tips kaji & semak. Jadi kalau saham tersebut tidak BOOM, salah halim dan tidak mengapa kerana halim masih budak. Baru nak belajar. Tetapi kalau saham tersebut BOOM, maka di sini zam akan datang sebagai HERO. ZPC dikatakan memberi tips terhebat di alam maya.

9.       Zam boleh semak kembali beberapa pertanyaan client yang bertanya tentang saham yang zpc sarankan, tetapi tidak BOOM. Lihat berapa lambat respond yang diberikan. Dan bandingkan dengan respond kepada saham yang BOOM.

1.   Zam hanya dilihat terlalu jelas untuk menjual kelas dengan cuba memberi gambaran zpc paling terbaik. Tambahan pula sekarang kata mereka, halim adalah zamsaham the making. Halim dah start menjual ebook yang mana kata mereka, tiada rahsia besar pun untuk mendapatkan saham IPO. Halim telah meletakkan taraf diri sama seperti penjual dvd saham, ebook saham yang lain yang hanya dijual oleh mereka yang tiada pengalaman sangat pun dalam pasaran saham. Lebih kepada niat untuk mencari duit melalui jualan tersebut. Respond mereka, halim kata mereka masih ok. Bagus dan mungkin kerana masih ada kekangan dari nama zamsaham, jadi dia kurang menyerlah. Cuma dari segi profesional, halim nampak lebih ok.

1.   Zam ada berkata pernah rugi jutaan ringgit dalam pasaran. Persoalan: BERAPA JUTA RM YANG TELAH DILABURKAN SEMASA PERMULAAN ZAM DALAM PASARAN? Sekiranya pada awal2 zam telah menggunakan simpanan sendiri jutaaan ringgit, dan rugi, barulah boleh diceritakan kepada orang ramai. Tetapi kalau setakat amaun yang dikumpul2 tanpa mengambil kira keuntungan dalam pasaran, tidak bermakna amaun tersebut. Lagipun, ada siapa di dalam zpc yang pernah melihat semua rekod tersebut?? Zam sendiri pun tidak pernah tunjukan rekod transaksi personal kepada peserta.

Dan banyak lagi point. Cuma point di sini adalah, zam bagus dalam menilai saham, ada info dalaman yang kuat, cuma terlalu dilihat cuba mengeluarkan kenyataan untuk menjual kelas dengan cuba memberi gambaran yang zamsaham adalah terbaik. Tiada cacat cela dalam menilai pasaran. Tiada saham yang boleh rugi kalau bersama zamsaham. Yang rugi kerana tidak memahami 100% cara zamsaham. Sila datang ke kelas lagi.

Satu point lain yang golongan ini tekankan, Zam tidak menepati janji awal yang mengatakan hanya dengan membayar @ trade sekali sebulan dengan zam @ halim, maka boleh berapa di dalam zpc. Tetapi kini janji telah dimungkiri. Golongan apa yang bila berjanji tetapi dimungkiri?? Tanya mereka.
Mereka harap zam rujuk kepada kiyai tentang janji ini.

Golongan ini tidak berdendam dengan zam, cuma mereka memberi pandangan dari sudut sesetengah ahli yang lain. Mereka hanya inginkan yang terbaik untuk zam kerana zam banyak membantu bangsa melayu yang baru ingin masuk ke dalam pasaran. Cuma kata mereka, ada ahli yang menghentam zam secara terbuka adalah kerana mungkin salah satu daripada perkara di atas. Insya’allah bila zam dapat kawal perkara-perkara negatif ini, zam akan menjadi lebih hebat.

Harap zam dapat menerima komen yang diberikan ini secara positif untuk kebaikan zam di masa hadapan. Selamat maju jaya. Insya’Allah.

ANTARA AYAT ZAMSAHAM YANG AGAK KURANG SESUAI. 
Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?id=271503162202&story_fbid=10152673276927203

Siap ada gelakkan orang. Kan tak baik perangai macam tu. Siap memberi sindiran PROFESOR kepada yang tidak sehaluan dengan zamsaham.

Ayat hahaha itu adalah perkara yang paling tidak profesional dan berbentuk sindiran yang cukup sinis.

·  Description: https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-prn2/t5/s32x32/1086912_271503162202_1710637292_q.jpg
ZAMSAHAM Perhatian Kepada Prof -prof saham.Zpc tak pernah paksa orang pakai badge...siapa nak ikut dan duduk dalam ZPC ikut cara tuan rumah..jika taknak Zamsaham tak kaya dan tak miskin..

ADa ramai lagi remisier hebat kat luar untuk anda jadikan sebagai rujukan..jangan kerana badges ZPC pun nak kecoh satu Malaysia.
·  Description: https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-prn2/t5/s32x32/1086912_271503162202_1710637292_q.jpg
ZAMSAHAM Tahun Ini kita berada pada era buat duit di pasaran saham >>>TETAPI JANGAN MAIN HENTAM KROMO SAHAJA...pilih betul2...
·  Description: https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-prn2/t5/s32x32/1086912_271503162202_1710637292_q.jpg
ZAMSAHAM Sabar + ILMU = Kaya!
·  Description: https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-prn2/t5/s32x32/1086912_271503162202_1710637292_q.jpg
ZAMSAHAM Semoga yang tak suka dengan zamsaham boleh success dan maju..saya halalkan ilmu yang tak seberapa di di ZPC...sukakah kita,tinggal bersama orang yang tak suka dengan kita dalam rumah yang sama.
·  Description: https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-prn2/t5/s32x32/1086912_271503162202_1710637292_q.jpg
ZAMSAHAM Carilah...yg sesuai..tak paksa...
·  Description: https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-prn2/t5/s32x32/1086912_271503162202_1710637292_q.jpg
ZAMSAHAM Haha...
·  Description: https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-prn2/t5/s32x32/1086912_271503162202_1710637292_q.jpg
ZAMSAHAM Tak nak pakai bagde buat rumah sendiri...haha3..

Macam mana boleh kata tak paksa kalau tak pakai dikeluarkan dari zpc. Sedangkan banyak yang follow zam ini adalah newbie dalam pasaran, mereka perlukan info dan TERPAKSA berada bersama zpc. MACAM SAYA. :-) Sedangkan Dr. Azizan yang berjuta-juta kali ganda lebih hebat dari zam pun tidak pernah memaksa bekas peserta memakai badges. Tetapi ramai yang pakai, itu baru tidak memaksa.

Macam mana konsep halalkan ilmu tu sedangkan semua peserta bayar untuk masuk ke kelas tersebut?

Mungkin zam boleh fikirkan untuk pulangkan semula yuran peserta yang sudah dikeluarkan dari zpc kerana mengikut perjanjian hanya perlu trade sekali sebulan bersama zam @ bayar setiap bulan, baru konsep menghalalkan ilmu ni boleh digunapakai.

Bagaimana kalau ade peserta yang tidak menghalalkan yuran tersebut kerana sudah tidak mendapat support selepas kelas kerana sudah ditendang dari zpc? Berkatkah rezeki tersebut?

Bagaimana peranan zam sebagai remiser kepada mereka yang telah dikeluarkan dari zpc. Kalau ade client yang terasa hati dengan tindakan ini, dan mungkin dalam hati mereka tidak menghalalkan brokerage fee yang diterima oleh zam, berkatkah rezeki tersebut?

FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL.


Dipetik dari blog:

 Setiap hari pastinya kita berazam dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Ketahuilah bahawa setiap manusia pasti ada kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. 

Dengan mengetahui kelemahan diri kita pastinya baik untuk kita memperbaiki diri. Salah satu daripada cara untuk kita mengetahui kelemahan diri adalah dengan mendengarnya dari mulut musuh kita. Mungkin ianya kedengaran pelik.

Namun ketahuilah bahawa musuh kita pastinya akan jujur mengatakan kelemahan kita kerana di dalam hati mereka berasa benci dan dengki terhadap kita. Setiap tindakan kita pasti akan sentiasa diawasinya untuk dia mencari kekurangannya.

Sebaliknya sahabat baik kita pastinya hanya melihat diri kita dari sudut yang positif saja dan memuji setiap tindakan kita. Oleh itu, manfaatkanlah kritikan dari musuh anda untuk anda memperbaiki kelemahan diri anda. 


HARAP ZAM TIDAK MARAH KEPADA SAYA, SAYA HANYA MENYAMPAIKAN, DALAM BAHASA LAIN, BERDAKWAH. RAMAI YANG INGINKAN  ZAM JADI YANG TERBAIK KERANA ZAM SUDAH TERBAIK DALAM MEMBERI INFO SAHAM. SAYA TERPAKSA MENYEMBUNYIKAN IDENTITI KERANA TIDAK MAHU ZAM TERASA HATI DENGAN SAYA. 

KITA PERNAH MAKAN BERSAMA, GELAK BERSAMA DAN SEBAGAINYA. MEMANG SIFAT SAYA, LEBIH SUKA JIKA KRITIKAN ITU SAMPAI KEPADA INDIVIDU YANG DIKRITIK BERBANDING KRITIKAN ITU MENJADI BUAH MULUT ORANG LAIN, DENGAN ERTI KATA LAIN, MENJADI UMPATAN. HARAP ZAM DAPAT MEMBERI KOMEN SEKIRANYA ADA PERKARA YANG TIDAK BETUL DI SINI. SAYA HANYA SEBAGAI PENYAMPAI. SEKIAN.

BLOG INI AKAN DIDELETE SEKIRANYA ADA PENAMBAHBAIKAN DARI PIHAK ZAM ATAU ZAM ADA HUJAH TERBAIK UNTUK MENEPIS SEMUA KRITIKAN INI.

10 comments:

  1. Harap semua yang komen akan memberi komen yang berguna.

    ReplyDelete
  2. Luahkan kritikan yang berguna untuk kebaikan zamsaham. Atau kritikan kepada penulis. :-)

    Zam juga boleh dapat promosi percuma di sini.
    www.zamsaham.com

    Tanya je pakcik google, zamsaham, pasti akan berjumpa link berkenaan zamsaham.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya isu utama adalah pemakaian badges tu. Banyak silent reader je dalam zpc tu....

    Itu hak zamsaham untuk tetapkan sebarang rules, cuma mungkin cara zamsaham berkomunikasi seolah-olah sesiapa yang taknak pakai, adalah memusuhi zamsaham. Sedangkan bukan semua yang ade tu selalu masuk zpc, mungkin seminggu sekali, sebulan sekali.

    Zamsaham mungkin boleh ubah rules, sesiapa yang ingin post bertanya itu ini dalam zpc, perlu mempunyai badges. Silent reader tak perlu. Kan molek gitu, sopan sikit caranya... Good luck En. Zam...

    ReplyDelete
  4. Salam kepada penulis...di harap penulis memperkenalkan diri penulis supaya ramai org lebih mengenali siapa diri penulis tanpa berselindung disebalik blog yg berbentuk pengadu domba..sebelum kita mengkrik seseoarang..perlu lah kita kenal kan diri dahulu tanpa menyembunyikan fakta yg sebenar..adakah penulis pernah hadir kelas yg diajar oleh saudara Zamsaham?..adakah penulis benar2 mempraktikan apa yg diajar?..setahu sy group ZPC adalah group dimana pandangan peribadi oleh Team Zamsaham dan keputusan jual/beli adalah 100% kepada pelabur itu sendiri.. ingat, janganlah kita jadi pengadu domba di dunia ini..diakhirat nanti Allah akan membuka keaibkan kita..apa itu pengadu domba?..boleh bertanya dgn ustazah atau ustazah yg penulis kenal.. jika benar apa yg ditulis..penulis perlu kenalkan diri sebenar tanpa berselindung disebalik blog yg boleh mmburukan sesorang..selagi kita tak faham dan tak berjumpa sendiri tuan punya badan, jgn lah kita menulis apa yg tidak mengambarkan diri seseoarang itu..seperti kes ustaz kazim..dimana ramai yg mencemuh beliau walaupun beliau ingin menegakan islam..tapi org yg betul2 dekat dgn nya faham apa niat dan penyampaian yg ingin disampaikan..sekian itu sahaja yg sy boleh sampaikan..ingat apakah dosa seorang pengadu domba?..Astafiruallahalazim.. sekian-Hamba Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irony, nama anonymous kehkehkeh

      Delete
  5. Jika ZPC nak paksa orang pakai badge ini dah masuk bab autokrasi... orang nak ilmu bukan nak jadi hamba pada ZPC... Ada orang melayu pun perangai macam bangsat nak paksa2 orang pakai badges... lingkup la bisnes ko kalau macam ni zam saham..

    ReplyDelete
  6. Sy rasa badge tu utk promote class zamsaham. Mmg dah ada syarat utk join private client kena pakai badge, so ikutlah. Bg sy duit yg dibayar tu utk ilmu yg diajar, fb private client tu just add-on. Bg sy zam ni org yg positif. Kita tak boleh salahkan dia kalau buy call saham yg dia bg, saham tu tak naik or lg worse turun. Mana ada org boleh predict saham betul je naik. Kita bkn tuhan! Apa pun ingat balik apa yg diajar dan praktikkan, bkn nye harap kan buy n sell call dari org lain. Opinion yg diberi oleh zam pun mmg ada yg tak betul. Sedangkan research dari stock broker pun ada yg salah, apatah lg zam yg cuma remisier. Keputusan nk buy or sell terletak pd tangan pelabur 100%. So jgn salahkan org lain kalau rugi!!!

    ReplyDelete
  7. salam tuan blogger, sy amat setuju dengan semue statement tuan blogger, saya dah bersama zpc dah bertahun, dan selama ini bnyak bersabar dgn Halim, Kalau En Zam membca.....sy nak melahirkan rasa tidak puas hati sy kepada Halim atas cara die melayan sy ketika sy bertanya soalan. Tolong jgn condem sy, sy tau halim adalah adik kepada en zam, sy sebagai client tuan yang membayar kepada tuan berhak membuat complaint atas kekurangan yg ada pada halim dari segi customer service. Untuk pengetahuan tuan saya dah melabur beratus ribu ringgit dibawah tuan /halim. Ingat ,duit yg en zam dan halim dapat tu akan ditanya diakhirat nanti. Sy rasa hampa dengan cara tuan halim melayan customer2 nya, seorang kawan saya pun di layan begitu bersama ZPC. Begini ceritanya, bila sy call seperti tidak mahu layan sy, setiap masa bz, bila mesage bertanya kan sesuatu sperti malas utk menjawab. Maaf saya katakan bagi saya Halim ini tidak proaktif melayan client nye. Harap En Zam paham dengan ape yg saya rasa utk kebaikan syarikat en Zam..Tak perlu tahu saya siapa, yg perlu en zam buat adalah nasihat Halim dengan sikapnya. Dah lama dah sy bersabar , baru harini sy membuat complaint kepada tuan. Terima kasih

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas review...

    ReplyDelete